ALOR STAR- DIBUNUH KEJAM!! BADAN SEORANG LELAKI DIKERAT BEBERAPA BAHADIAN DAN DISUMBAT KE DALAM TIGA GUNI PLASTIK.





 
Tiga guni plastik mengandungi mayat lelaki Bangladesh ditemui di sebuah rumah sewa di Kampung Pengkalan Lebai Man, Sungai Petani hari ini.

13/06/2017

ALOR SETAR - Seorang lelaki warga Bangladesh dibunuh kejam apabila mayatnya ditemui dalam keadaan dikerat beberapa bahagian sebelum disumbat ke dalam tiga guni plastik di sebuah rumah sewa di Kampung Pengkalan Lebai Man, Sungai Petani dekat sini hari ini.

Tiga guni berisi mayat buruh kontrak, Azad Late Late Mofyan Uddin, 38, itu ditemui di dalam kabinet batu di bahagian dapur rumah berkembar setingkat tersebut awal pagi ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata, kehilangan mangsa disedari teman wanitanya, Nur Rohani Abdullah, 31, selepas mangsa gagal dihubungi sejak beberapa hari lalu.

"Wanita itu kemudian bertindak mencari mangsa di rumahnya pada Sabtu lalu, bagaimanapun dua rakan serumah mangsa yang juga lelaki Bangladesh tidak membenarkannya masuk.

"Lebih mencurigakan apabila wanita itu ternampak salah seorang lelaki Bangladesh terbabit mengalami kecederaan pada tangan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini hari ini.

Kata beliau, wanita terbabit kemudian meminta bantuan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda kira-kira pukul 1 pagi ini untuk mengesan teman lelakinya itu.

"Sepasukan polis IPD Kuala Muda bersama wanita itu terus ke rumah sewa tersebut yang mana dua rakan serumah mangsa sudah menghilangkan diri.

"Wanita itu yang mempunyai kunci rumah sewa itu kemudian membuka pintu sebelum terhidu bau busuk dan menemui kesan air kehitam-hitaman mengalir keluar dari bahagian bawah kabinet batu di ruang dapur," ujarnya.

Tambah Asri, hasil pemeriksaan menemui tiga bungkusan guni plastik yang diikat mengandungi mayat mangsa yang telah dipotong menggunakan senjata tajam. - K! ONLINE

 Sumber: KOSMO







loading...

0 Response to "ALOR STAR- DIBUNUH KEJAM!! BADAN SEORANG LELAKI DIKERAT BEBERAPA BAHADIAN DAN DISUMBAT KE DALAM TIGA GUNI PLASTIK."

Post a Comment