Para lelaki pada umumnya, ramai rasa bangga apabila
disamakan seperti buaya darat. Wanita pula, walaupun memang sudah jelas gatal,
dia akan tetap marah apabila diperkatakan seperti itu.
Status gatal atau perasan terlalu universal untuk
dilabelkan. Seperti tiada maruah bagi seorang wanita apabila dilabelkan seperti
itu sedangkan realiti buat diri mereka.
Memetik satu sumber, lebih 50% perhubungan bermula daripada
wanita yang memberi reaksi positif, meminta untuk didekati dan mengharap ada
lanjutan daripada seorang lelaki.
Lelaki turut tidak kurang sama, biasanya lelaki tidak akan
menunjukkan rasa minat yang ketara atau nampak terhegeh-hegeh walaupun jatuh
hati dan menyukai seseorang wanita itu berbanding pula wanita yang lebih mudah
mengukir senyuman apabila hatinya tersentuh.
Hakikatnya, tiada perbezaan ketara dalam soal ‘gatal’ ini.
Ya, lelaki miang itu sangat ramai, namun wanita gatal juga tiada kurangnya.
Bezanya, lelaki tidak segan silu memperlihatkan sikap miang sedangkan wanita
sedaya upaya menyembunyikannya.
Siapa wanita gatal?
Gadis di sekolah menengah adalah golongan paling cepat
memberikan reaksi jika diusik lelaki. Cinta monyet zaman persekolahan adalah
fasa permulaan.
Lebih kronik, ada kalanya ada yang tidak boleh terlepas
daripada gelaran sebegitu adalah golongan setiausaha. Stigma yang melekat pada
masyarakat kita kerjaya ini acap kali dikaitkan dengan identiti wanita yang
gatal.
Andaian ini disebabkan kerjaya setiausaha selalunya
memerlukan beberapa kriteria seperti cantik, bergaya dan bijak berkomunikasi
terutamanya dengan majikan yang kebanyakannya lelaki yang sudah berkahwin.
Kerana itu juga mereka mudah dikaitkan menjalin hubungan
atau menyimpan strategi untuk memancing selera majikan masing-masing ketika
bekerja memandangkan lebih 80 peratus rutin tugasan mereka perlu bersama
majikan itu.
Seorang setiausaha akan mengendalikan semua fungsi
kesetiausahaan termasuk kerja-kerja memfailkan dokumen, menyemak surat-menyurat,
mengendali panggilan telefon, mengatur mesyuarat serta menyambut tetamu
ketuanya.
Oleh kerana sentiasa berurusan dengan pihak luar khususnya
para pelanggan syarikat atau organisasi, seorang setiausaha perlu memiliki
perwatakan menarik dan inilah salah satu elemen yang menyebabkan kebanyakan bos
mudah terpikat kepada setiausahanya sendiri.
Jangan tipu, isteri kepada majikan pastinya akan muncul rasa
cemburu atau paling tidak mencurigai keadaan itu kerana ada kalanya setiausaha
perlu kerja lebih masa dan meluangkan masa dengan majikan mereka.
Isu mengenai cinta gelap antara setiausaha dengan bos lelaki
ini masih menjadi persoalan dan pertikaian jika topik mengenai pejabat
diutarakan.
Bagaimanapun setiausaha tidak semestinya seorang wanita.
Lelaki juga boleh melaksanakan tugas ini malah ada kalanya lebih baik. Lihatlah
setiausaha persatuan, setiausaha surau dan masjid, malah setiausaha negara
adalah seorang lelaki.
Dilihat mengapa stigma ini berlaku, ini berpunca dari sikap
sesetengah setiausaha itu sendiri. Tidak dinafikan, banyak kes timbul
membabitkan setiausaha wanita dengan majikan lelaki.
Bos lelaki sanggup curang dengan isteri dan anaknya.
Setiausaha cantik dan bergaya, lebih faham masalah dan tekanan membuat majikan
lelaki lebih selesa dengan layanan berbanding isteri yang mungkin tidak
memahami.
Penyelesaiannya? Sukar untuk menyelesaikan masalah ini
kerana semuanya bergantung kepada diri sendiri. Lebih baik jika majikan lelaki
dibantu oleh setiausaha lelaki atau wanita yang sudah pun berkahwin dan
mempunyai komitmen keluarga.
Kalau majikan wanita, pasti lebih mudah kerana jarang kita
mendengar kisah setiausaha lelaki menjalin hubungan dengan majikan wanita
memandangkan wanita yang memegang status majikan akan lebih serius dan komited
terhadap tugasnya.
‘Lady boss’ adalah gelaran untuk majikan wanita yang hampir
kesemuanya tegas dan tidak akan melakukan benda remeh di pejabat, sebaliknya
mereka bersikap fokus pada tanggungjawab.
Justeru, jagalah peribadi dan tingkah laku kerana setiap
pergerakan anda diperhatikan. Apa saja dilakukan pastinya menjadi tanggapan dan
mudah dinilai.
Sumber: Mingguan Wanita
loading...
0 Response to "Wanita Sebenarnya Lebih Gatal Berbanding Lelaki – Kajian"
Post a Comment