Tukang Masak Menerima Hukuman Gantung Sampai MAti Akibat Membunuh Seorang Penuntut University Tempatan





SYARAFI Abu dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Taiping selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana membunuh penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Permatang Pauh, dua tahun lalu. - Foto Muhaizan Yahya

TAIPING: Seorang tukang masak dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah membunuh seorang penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Permatang Pauh, Pulau Pinang, dua tahun lalu. 

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamed Zaini Mazlan, mensabitkan Syarafi Abu, 27, atas kesalahan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. 

Katanya, pihak pembelaan juga gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. "Justeru kamu Syarafi didapati bersalah dan disabitkan kesalahan membunuh Nur Syuhada dan tiada hukuman lain yang diperuntukkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selain hukuman gantung. "Oleh itu kamu akan digantung di leher sehingga mati," katanya. 

Syarafi dituduh membunuh Nur Syuhada Johari, 20, di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat sini, pada jam 11.55 pagi, 2 Februari 2015. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori. Pihak pendakwaan diwakili Yusaimi Amer Abdul Karim; Mohd Amril Johari dan Mohd Azrul Faidz manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Naran Singh.

Sumber: Berita Harian






loading...

0 Response to "Tukang Masak Menerima Hukuman Gantung Sampai MAti Akibat Membunuh Seorang Penuntut University Tempatan"

Post a Comment