Bolehkah anda bayangkan bagaimana sakit dan azabnya Pasuda
Reaw, 21, berdepan dengan parut tatu selepas usaha membuang tatu terbabit tidak
menjadi.
Pasuda memutuskan untuk membuang tatu berbentuk bunga di
dadanya itu kerana mahu kelihatan lebih profesional di tempat kerja.
Dia menggunakan bahan kimia Rejuvi yang disapu di bahagian
kulit pada bulan Februari lalu namun dalam masa beberapa hari, kulitnya menjadi
sakit dan gatal.
Dua bulan selepas itu, Pasuda mengalami kesakitan yang amat
sangat dan menderita kerananya. Kulitnya juga berparut.
Pasuda yang berasal dari Udon Thani di Utara Thailand, tidak
mahu menggunakan laser untuk membuang tatu tersebut sebaliknya memilih Rejuvi.
“Pada mulanya Rejuvi kelihatan sangat berkesan untuk
membuang tatu namun selang beberapa hari ia menyakitkankan.
“Walaupun laser menelan kos yang tinggi namun saya menyesal
kerana tidak menggunakan kaedah itu.
“Kesannya sangat buruk dan kesakitannya berlaku pada masa
yang panjang,’’ katanya yang mengakui menangis apabila kulitnya merekah.
.
Makmal Rejuvi telah diasaskan oleh Dr. Wade Cheng pada 1988.
Beliau merupakan biochemist di San Francisco Bay.
loading...
0 Response to "Tanggung Azab Selepas Gagal Buang Tatu"
Post a Comment