KAUM wanita amat mengambil
berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah
yang pertama dipandang orang apabila berjumpa.
Oleh itu, ramai di kalangan
wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkan wajah.
Antara cara dianggap boleh mencantikkan
wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan
mencabut dan mencukur sebahagian atau kesemuanya sekali.
Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat
solekan seperti celak dan pensil alis sehingga
kelihatan lebih cantik dan menarik.Amalan itu bukanlah perkara baru
dalam dunia persolekan wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah
sebelum kedatangan Islam dan berterusan hingga hari ini.
Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran
serta kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah
seseorang boleh dibentuk dengan mudah.Walau
bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidak
bercanggah dengan ajaran Islam, termasuk bidang persolekan.Merujuk kepada
teks syarak berkaitan persoalan ini,
terdapat dua hadis yang menegur secara langsung
perbuatan mencukur bulu kening.
Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf berkaitan dengan
riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq
pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, puteri Rasulullah saw.Pada waktu
itu rupa parasnya sangat jelita.
Beliau lalu bertanya kepada
Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang
terdapat di dahinya untuk tujuan
menambat hati suaminya.Aisyah menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang
kamu mampu."Hadis kedua diriwayatkan
oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah
saw bersabda:"Allah melaknat
wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur
atau mencabut bulu keningnya
(al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.
Perbuatan itu telah mengubah
ciptaan Allah."Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat
bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu
membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan
kejelekan seperti jerawat, jeragat dan
bintik-bintik.Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau
mencukur bulu-bulu di muka, termasuklah
bulu kening untuk membentuk alis mata yang
cantikMengenai hadis kedua pula, ulama menjelaskan pengertian
al-Namisah.
Ibn al-Athir berpendapat ia
bermaksud wanita-wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat pada
kawasan muka dengan tidak menggunakan
alat pencabut.Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan
alat pencabut.Abu Daud pula berpendapat,
ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu kening atau mencukurnya dengan pisau pencukur sehingga kelihatan
halus.
Keterangan di atas
menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu
mencabut bulu-bulu di muka untuk
kelihatan cantik dan berseri.Majoriti fuqaha
berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus
adalah diharamkan sama ada kepada lelaki
atau wanita kerana perbuatan itu termasuk
dalam istilah mengubah ciptaan Allah sebagaimana dijelaskan dalam
hadis kedua.
Namun demikian, bagi wanita
yang mempunyai terlalu panjang atau terlalu lebat sehingga kelihatan
jelik, bolehlah mencabutnya sekadar
membolehkan kelihatan halus kerana ia tidak
dianggap mengubah ciptaan Allah.Kesimpulannya , berhias untuk suami
adalah diharuskan tetapi membentuk bulu
kening dengan mencabut atau mencukurnya
sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di
badan, termasuk muka seperti jerawat,
jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.
Dalam keghairahan wanita
mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan
sampai terkeluar daripada sempadan yang
digariskan oleh syarak kerana kecantikan
bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri.
Sumber : mr-tazkirah.blogspot
loading...
0 Response to "Nabi haramkan cabut bulu di muka untuk cantik"
Post a Comment