Keutamaan Dan Cara-Cara Berwuduk Dengan Betul







Sebelum bersolat, hendaklah mengambil wuduk terlebih dahulu. Berwuduk adalah amat penting kerana solat tanpa berwuduk adalah tidak sah.

Ada 7 syarat sah wuduk:


1. Orang yang mengambil wuduk mestilah seorang Islam.

2. Sudah tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk, bersih dan yang kotor, atau disebut juga sebagai mumaiyiz

3. Jika yang mengambil wuduk adalah seorang wanita, hendaklah dia suci daripada haid dan nifas.

4. Pastikan tiada bahan pada kulit yang boleh menghalang air sampai ke kulit seperti gincu dan plaster menampal luka.

5. Tahu fardu wuduk iaitu yang mana wajib dan yang mana sunat.

6. Gunakan air mutlak atau air yang suci untuk mengambil wuduk.

7. Pastikan wuduk dengan sempurna iaitu air sampai rata pada bahagian-bahagian wuduk.

Kisah cucu Rasulullah mengajar dengan penuh hikmah kepada seorang tua cara-cara mengambil wuduk adalah sebuah kisah yang amat terkenal.

    Hassan dan Hussin ternampak seorang tua sedang mengambil wuduk dengan cara yang tidak betul. Kalau pada masa itu lelaki tua itu ditegur secara terus, mungkin lelaki tua itu akan berasa malu atau kecil hati. Apalagi bila teguran itu datang dari mereka yang jauh lebih mudah daripadanya.

    Hassan dan Hussin dengan kebijaksanaan mereka telah memberi contoh dengan perbuatan. Hassan dan Hussin memanggil orang tua itu dan meminta orang tua itu menilai cara mengambil wuduk mereka.

    Melihat mereka iaitu cucu Rasulullah mengambil wuduk, lelaki tua itu pun sedar akan kesilapannya dalam berwuduk.

Fardu wuduk ada 6 perkara.

Ini adalah perkara wajib semasa mengambil wuduk . Berikut adalah :

1. Berniat mengambil wuduk.

2. Membasuh muka dengan meratakan air dari tempat tumbuh rambut kepala hingga kedua-dua tulang dagu dan antara
cuping telinga dan anak telinga kiri.

3. Sapu dua tangan serta dua siku.

4. Sapu sebahagian daripada kepala.

5. Membasuh dua kaki serta dua buku lali.

6. Tertib.

Ini pula cara-cara mengambil wuduk.

Dimasukkan sekali antara perkara sunat wuduk yang biasa kita lakukan:

1. Membaca Basmallah sambil mencuci kedua belah tangan sampai ke pergelangan tangan.

2. Berkumur-kumur tiga kali.

3. Memasukkan air ke lubang hidung sebanyak 3 kali.

4. Membasuh muka 3 kali dari tempat tumbuh rambut kepala hingga ke bawah dagu, dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri, sambil berniat mengambil wuduk.

5. Basuh tangan hingga ke siku tiga kali.

6. Menyapu sebahagian rambut di kepala dengan air tiga kali.

7. Menyapu dengan air ke telinga 3 kali.

8. Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali tiga kali.

9. Membaca doa wuduk.

    Asysy hadu an laa illaaha illallaah wah dahulaa syarikalah waasyhadu anna muhammadan ’abduhuu wa rarasuuluhu, allaahummaj ’alnii minat tawaabiina waj’alnii minal mutathahhitiina waj:alnii min ’ibaadikash shaalihiin.

    “Saya naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad itu hamba-Nya dan pesuruh-Nya. Ya Allah, jadikan aku daripada orang yang bertaubat dan jadikan aku daripada orang yang suci bersih dan jadikanlah aku daripada hamba-hamba Engkau yang soleh.”

Setelah mengambil wuduk dengan sempurna, kita juga perlu tahu perkara-perkara yang boleh membatalkan wuduk. Ini bagi mengelakkan kita terus bersolat kerana menyangka masih dalam keadaan berwuduk.

Berikut adalah perkara-perkara yang boleh membatalkan wuduk:

1. Keluar sesuatu benda daripada qubul atau dubur seperti air kencing, tahi, kentut, dan sebagainya.

2. Tidur dengan keadaan yang tak tetap punggungnya seperti tidur baring, terlentang, meniarap, dan yang serupa
dengannya.

3. Hilang akal dengan sebab mabuk, gila, pitam, atau sakit.

4. Bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrimnya dengan tidak berlapik. Muhrim adalah keluarga yang tidak boleh dikahwini.


Sumber: Tazkirah.Net & islam itu indah








loading...

0 Response to "Keutamaan Dan Cara-Cara Berwuduk Dengan Betul"

Post a Comment