Waktu sekolah rendah dulu kita memang tak tahu menahu langsung pasal politik. Aktiviti kita adalah datang sekolah dan dengar serta praktikkan apa yang diajar oleh guru. Tetapi seorang murid perempuan berumur 12 tahun ini telah menulis satu karangan yang bertajuk ‘Dugaan Hidup’.
Isi Karangannya bukan mengisahkan tentang kesusahan hidup keluarganya, tapi lebih dari itu. Kata-kata dalam karangan dan penulisannya ini pasti buat anda kagum. Ingat lagi dulu waktu darjah 6 tajuk karangan kita ialah ‘Jika aku sebatang pensel..’ Huhu..
“Saya akan menolong orang miskin dan orang yang menjadi mangsa keadaan..”
Saya seorang manusia biasa yang tidak ada kelebihan dan kuasa bernama Jackzy Xiu. Hidup saya tidak miskin dan tidak kaya. Saya orang biasa yang hidup di dalam keluarga bahagia.
Tetapi saya berasa pemimpin seorang yang menentukan hak negara dan terlalu banyak berbelanjakan duit untuk kepentingan diri sendiri.
Seandainya saya seorang pemimpin, saya akan jadi pemimpin yang adil dan saksama. Saya akan menolong orang miskin dan orang yang menjadi mangsa keadaan.
Pemimpin bukanlah semuanya bagus, adil dan seperti ciri-ciri pemimpin. Pemimpin ada yang menerima rasuah, riba dan menggunakan duit untuk membuat kerja-kerja tidak membangunkan negara tetapi lebih menjatuhkan negara.
“Ingatlah! Duit bukan segalanya melainkan amanah yang diberi..”
Pemimpin bukanlah semua seperti yang dibaca dan dinyanyikan dalam ikrar dan lagu. Ia nya membuatkan saya ingin menjadi pemimpin untuk membetulkan keadaan negara yang semakin jatuh ke tangan negara yang kain.
Jadi jika seorang pemimpin yang sedang membaca karangan ini, ingatlah! Duit bukan segalanya melainkan amanah yang diberi.
‘Saya respect kata hikmah dia’
Foto karangan diatas telah dimuat naik oleh guru tuition yang mengajar dalam subjek Bahasa Melayu. Tajuk karangan adalah bebas dan murid perempuan bernama Aina memilih untuk menulis karangan bertajuk ‘Dugaan Hidup’.
Walaupun ada beberapa kesalahan ejaan tetapi isi dalam penulisannya membuatkan netizen kagum.
loading...
0 Response to "Karangan Murid Darjah 6 Ini Jadi VIRAL. Isi Yang Ada Dalam Karangan Ini Buat Ramai TAK PERCAYA!!!"
Post a Comment