PUTRAJAYA: Berlaku kekecohan pada program TN50 sebentar tadi
apabila pemilik syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) Datuk
David Teo ditampar pelakon veteran Sulaiman Yassin (atau lebih dikenali sebagai
Mat Over) dipercayai kerana bersikap ‘kurang ajar’ di hadapan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kejadian berlaku ketika beliau cuba bertanyakan soalan pada
sesi program Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni
(Budayawan), di Dewan Bankuet, Seri Perdana, di sini, malam ini.
Sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama
Penggiat Seni di Dewan Bankuet, Seri Perdana terhenti seketika selepas Mat Over
menampar David. FOTO Asyraf Hamzah
|
David dilihat bertegas mahu bertanya kepada moderator dialog
iaitu pelakon Datuk Rosyam Nor namun tidak diendahkan. Ketika itulah kelibat
Mat Over kelihatan dari belakang pentas menuju ke arah David lalu menamparnya.
YouTube: Friends of
PDRM
Personaliti TV terkenal, Datuk Aznil Nawawi yang berada di
tempat kejadian menceritakan situasi yang berlaku kepada Astro AWANI.
"Saya duduk di belakang Datuk Seri Najib. Kami agak
terperanjat.
"Ia berlaku secara tiba-tiba. Mungkin ada amarah
tersimpan lama dan dihuraikan di situ, apabila David bangun dan meminta
kebenaran untuk bercakap, melalui pengacara dialog iaitu Rosyam Nor.
"Tiba-tiba dalam proses untuk mendapatkan kebenaran
untuk bercakap, menyuarakan pendapat, kepada perdana menteri Mat Over yang
datang daripada arah belakang saya, berjalan dengan tangkas ke hadapan
melintasi orang ramai," tambah Aznil.
David Teo diarahkan keluar susulan ketegangan yang berlaku
di program Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni
(Budayawan), di Dewan Bankuet, Seri Perdana, pada Rabu.
David Teo diarahkan keluar susulan ketegangan yang berlaku
di program Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni
(Budayawan), di Dewan Bankuet, Seri Perdana, pada Rabu.
Beliau berkata ketegangan berlaku apabila Mat Over menampar
muka David Teo.
"Semua yang berada di dalam program itu berada dalam
keadaan terkejut. Perdana Menteri pun berada dalam keadaan terkejut.
"Namun Rosyam cuba mengawal keadaan tersebut dengan
baik," tambah Aznil.
Selepas insiden tersebut, Aznil berkata Mat Over dan David
Teo telah dibawa keluar dari dewan itu.
Kecewa dengan kejadian tersebut, Aznil, atau senang dikenali
sebagai Pak Nil, berkata "Saya amat malu dengan kejadian tadi. Kita
bercakap tentang transformasi dan platform itu menjadi gelanggang yang tidak
sepatutnya berlaku berdasarkan apa yang telah terjadi.
"Ini bukan menggambarkan industri hiburan tanah air.
Kita sepatutnya berbincang tentang transformasi industri untuk maju ke hadapan.
"Bagaimana kerajaan mahu fikirkan kemajuan negara jika
kita tidak bersatu pada platform untuk perbincangan awal," tambah Aznil.
Aznil berkata mereka tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak
sekiranya pihak berkuasa tawar hati untuk memberi ruang kepada anak seni
memberi pandangan dan menyuarakan pendapat selepas ini.
Beliau turut memuat naik sebuah foto di Instagram yang
tertera kapsyen "Saya ada di sana dan saya malu" susulan kejadian.
Sementara itu, usaha Astro AWANI untuk mendapatkan
penjelasan dari David sendiri mengenai insiden yang berlaku sehingga kini masih gagal.
Sengketa mereka tidak berpanjangan apabila David dan Mat
Over dilihat bersalaman dan berdamai seketika kemudian.
Pemilik syarikat produksi MIG Datuk David Teo dan pelakon
Sulaiman Yassin (Mat Over) dilihat berdamai di hadapan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak dan Moderator Datuk Rosyam Nor. - Foto BERNAMA
YouTube Don Carleone
loading...
0 Response to "David Teo ditampar - kecoh di Seri Perdana"
Post a Comment