1. Zalituun:
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat
cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang
tidak perlu.
2. Wathiin:
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka
buruk terhadap Allah.
3. A'awan:
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati
rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan
tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf:
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang
berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada
minuman keras).
5. Murrah:
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik
sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour
etc.
6. Masuud:
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah,
gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim:
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika
masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga
(suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri
hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk
kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan:
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika
berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus:
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
loading...
0 Response to "9 Jenis Anak Syaitan. No 1 Tu Rupanya Kerja Anak Syaitan Juga."
Post a Comment