Petua doa penawar Bagi Penyakit yang Biasa Kita Alami








Antara Doa Dalam Ayat Al-quran untuk menyembuhkan penyakit 


Assalamualaikum wrt wbt,

InsyaAllah saya ingin berkongsi sedikit doa penawar yang saya kumpulkan daripada perkongsian ustaz-ustazah dalam rancangan Tanyalah Ustaz, ceramah-ceramah agama, dan juga perkongsian ustaz di facebook. Apa yang penting adalah kita berikhtiar melalui doa, pengambilan ubat yang diberikan oleh doktor, dan mengubah cara hidup kita ke arah yang lebih sihat. Kita ikhlaskan hati kita dalam mengamalkan doa ini dan ibadah-ibadah wajib perlulah senantiasa dijaga dan maksiat wajib dijauhi. Sentiasa bersabar dan usah berputus asa. InsyaAllah, jika Allah izinkan, pasti Dia akan memberi kesembuhan. InsyaAllah kita berikhtiar, hanya Allah yang mampu menyembuhkan. Senantiasalah bersangka baik dengan setiap ujian yang Allah berikan ke atas kita. Syafakallah/syafakillah.

1. Demam

Daripada Ibn Umar ra Nabi bersabda demam datang dari luapan api neraka maka sejukkanlah ia dengan air. (Hadis riwayat Bukhari)

Sirami kepala dengan air sambil dibacakan surah al-Fatihah, 5 ayat pertama surah al-Baqarah, ayat kursi, 3 ayat terakhir surah al-Baqarah, ayat 21-24 surah al-Hasyr, surah al-mukminun 115 dan 3 Qul. Seterusnya dimandikan dengan air tersebut.

2. Sakit kepala/migrain

Amalkanya membaca surah Al-Waqiah : ayat 19 setiap kali sakit kepala dan migrain.
Dimulakan dengan al-fatihah kemudian diulang sebanyak 3 kali kemudian tiup pada kedua-dua tapak tangan dan usapkan diubun kepala hingga kebelakang kepala dan insyaAllah setiap kali sakit kepala maka ianya akan hilang sesudah membaca ayat ini.

3. Doa untuk memusnahkan sel kanser.

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

4. Darah tinggi, kencing manis, sakit jantung

Letak tangan kanan pada sebelah kiri dada (di bahagian jantung) dan baca Surah Yunus: ayat 57 dan Surah Fussilat: Ayat 44.

5. Penyakit batu karang

Amalkan membaca surah Al:Hashr ayat 21.

Moga bermanfaat buat semua. :)

Sumber: Musafirullah













loading...

0 Response to "Petua doa penawar Bagi Penyakit yang Biasa Kita Alami"

Post a Comment