MARI kita semak dan renungkan
hadis akhir zaman yang bunyinya seperti berikut:
Di antara tanda-tanda semakin
dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang
bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang
beriman yang diapit oleh dua orang mulia - Hadis Riwayat Thabrani.
Daripada Umar bin al-Khtatab r.a
(dalam sebuah hadis yang panjang):
Kemudian Jibril bertanya kepada
Rasulullah saw: Maka khabarkan kepadaku tentang hari kiamat. Lalu Nabi saw
menjawab: Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang
bertanya.
Maka Jibril lalu berkata: Kalau
begitu cuba khabarkan kepadaku tanda-tandanya. Maka Nabi saw menjawab: Bahawa
hamba akan melahirkan tuannya dan engkau akan melihat orang yang berjalan tanpa
kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya menggembala kambing
itu berlumba-lumba untuk membuat binaan – Hadis Riwayat Muslim.
Kaitan hadis tersebut dengan
keadaan di Amerika
Seperti yang kita ketahui Amerika
kini berjaya menguasai dunia dan bertindak seperti polis dunia, boleh melakukan
sesuka hati kepada negara-negara lain.
Bukankah sebelum ini Amerika
diperintah oleh Luka’ bin Luka’ iaitu George Walker Bush bin Herbert Walker
Bush? Presiden George W. Bush
(2001-2009) itu sama dengan nama bapanya yang juga pernah memerintah Amerika
(1989-1993).
Menurut pandangan rakyat Amerika,
George Bush adalah presiden paling bodoh, malah pada awal pemerintahan,
kredibilitinya diperolok-olokkan kerana dia tidak fasih mengeja dan berbicara,
dan tidak tahu di mana letaknya negeri China yang besar lagi luas itu!!!
Di segi sejarah, Amerika
dibangunkan dari darah dan air mata hamba yang di datangkan dari benua Afrika,
sehingga Afrika dikenali sebagai benua hamba. Ingatkah lagi drama bersiri lama
berjodol Kunta Kinte?
Bukankah bapa Barrack Hussein
Obama berasal dari Afrika? Kini hamba iaitu Afrika telah melahirkan seorang
pemimpin untuk tuannya, Amerika.
Wallahu a’lam. Hanya Allah yang
Maha Tahu. Rasulnya berbicara tidak
dengan nafsu dan akal.
loading...
0 Response to "Inilah dia Hamba Yang Melahirkan Tuannya. "
Post a Comment