CARA MENJADI INSAN YANG BERLAPANG DADA






12 LANGKAH MENJADI INSAN YANG BERLAPANG DADA. 

Setiap apa  yang berlaku di bumi ini sudah ada ketentuan Allah SWT  kepada  hamba-Nya  sama ada  perkara yang  baik  ataupun yang tidak  baik. Semuanya  merupakan taqdir Allah SWT.

Ketahuilah, bahwa sikap  berlapang dada adalah satu kondisi yang menjadikan sesorang mampu melaksanakan segala  ketentuan dan ketaatan kepada Allah SWT dengan semaksimal mungkin. 

Dengan sikap  berlapang dada, seseorang dapat  melaksanakan berbagai macam tugas kewajibannya dengan cara yang terbaik, sama ada hal yang  kecil mahupun yang besar.

Lapang dada merupakan karunia pemberian Allah SWT yangdiberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Perhatikanlah doa dan permohonan Nabi Musa ‘alaihis salam tatkala Allah SWT  memerintahkannya untuk melasanakan tugas yang begitu berat; iaitu mendatangi Fir’aun yang sudah melampaui batas.

Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an  Surah Thaaha, ayat  24:

اذْهَبْ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ

Ertinya:
“Pergilah kamu kepada Fir’aun, karena dia telah melampui batas“. (QS. Thaaha:24).

Suatu tugas yang sangat  besar dan berat, ketika  Allah SWT  memerintahkan hal itu, 

Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an surah Thaaha, ayat  25-26:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي ( ) قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي () وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي.

Ertinya:
“Berkata Musa: “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku; serta lepaskan  kekeluan dalam  lidahku“. (QS. Thaha:25-27).

Tidak diragukan lagi bahawa berlapang dada merupakan karunia Allah SWT dan taufik dari-Nya, serta  berusaha untuk mencari sebab-sebabnya agar menjadi insan yang sentiasa berlapang dada. 

Pada TAZKIRAH hari ini, USM ingin berkongsi sedikit tentang sebab-sebab  untuk menjadi insan yang sentiasa  berlapang dada. 

Diantara sebab-sebab untuk mengajar diri sendiri menjadi insan yang dapat berlapang dada adalah:

1. Mentauhidkan Allah SWT dan mengikhlaskan agama hanya  kepada-Nya.

2. Melaksanakan segala  bentuk ajaran Islam semata-mata   hanya untuk Allah SWT.

3. Menjauhkan diri dari segala bentuk kesyirikan sama ada kecil maupun besar.

4. Tanamkan Cahaya keimanan yang Allah SWT berikan pada hati kita .

5. Menuntut  Ilmu yang bermanfaat yang bersumber dari al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW.

6. Inabah (kembali) kepada Allah SWT dan cinta kepada-Nya, serta mendahulukan cinta kepada Allah SWT dari pada cinta kepada selain-Nya.

7. Konsisten dan terus-menerus dalam mengingati Allah SWT  dan memberikan perhatian yang besar dalam hal itu.

8. Berbuat baik terhadap semua makhluk, sesuai dengan kemampuannya, baik dalam bentuk fikiran, harta benda, pertolongan, kedudukan dan lain-lain.

9. Keberanian dan kuatnya hati serta tidak pengecut dalam  menegakkan ajaran Islam kebenaran agama .

10. Menghilangkan perasaan hasad dengki  serta penyakit hati yang lainnya.

11. Meninggalkan fudhul (berlebih-lebihan), baik ucapan, pandangan mata, pendengaran, ataupun makanan serta  kenikmatan  dunia yang  lainnya.

12. Menjadi insan yang terbaik dalam ittiba‘ (mengikuti) sunnah  Rasulullah SAW.  

Ya Allah  jadikanlah  hidup kami untuk sentiasa  berlapang dada  dan menerima segala bentuk  pemberian-Mu. Kuatkan iman kami  ya Allah dalam  meyakini qadha dan qadar-Mu. Mudah-Mudahan kami sentiasa mendapat taufik dan hidayah-Mu.  Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam. 








loading...

0 Response to "CARA MENJADI INSAN YANG BERLAPANG DADA"

Post a Comment