CARA MENGERJAKAN SOLAT JENAZAH GHAIB.
Pohon share ilmu yang sangat bermanafaat ini
Pohon share ilmu yang sangat bermanafaat ini
(Notanya agak panjang, tapi di pohon baca sampai habis, Ia sangat menarik, ringkas dan sangat jelas)
1. Cara bacaannya sama sahaja dengan cara solat jenazah hadir yang biasa tu iaitu 4 kali takbir dan 1 salam sahaja. Tanpa rukuk dan sujud.
2. Tapi hanya sah dilakukan solat jenazah ghaib ni selepas jenazah tersebut telah selesai di kafankan. Tapi jika hendak selamat, sebaiknya tunggu sehingga selepas jenazah itu selesai di kebumikan.
3. Jadi jika jenazah yang baru meninggal dunia kita kena tunggu penghabaran berita dulu samada jenazah itu telah siap di khafankan atau belum.
Jika zaman sekarang ini mudah ada handfon boleh call, sms, wassup, siaran lansung, fb, tiwter dll.
4. Tapi jika jenazah orang awam biasa biasanya susah kita hendak tahu sudah siap di khafan ke belum, maka tengok pada adat tempatan di situlah.
Contonya si mati telah meninggal dunia 5 hari yang lalu di Mekah. Jadi kita tidak perlu telefon warisnya di Mekah itu untuk tahu sudah kebumikan belum. Sebab biasanya satu hari sudah siap di kebumikan di sana. Maka kita sudah hari ke 5 disini, bolehlah solat jenazah ghaib terus di sini.
5. Kita boleh solat jenazah ghaib ni walau pun di mana kita berada. Samada di masjid, surau, di rumah kita, di dewan, di wakaf kita dll.
Tidak wajib jenazah @ kubur si mati berada di hadapan kita.
Contohnya kita berada di Shah Alam, Selangor, Jenazah @ kuburnya berada di Tokyo, Jepun. (Maksudnya apa bila kita menghadap kiblat janazah @ kuburnya berada di belakang kita tu). Kita boleh solat jenazah ghaib tersebut di Shah Alam, dengan berdiri, terus menghadap kiblat & terus solat jenazah ghaib
6. Solat jenazah ghaib ini boleh di lakukan walau pun jenazah telah di kebumikan selama 2 hari, 2 minggu atau 2 bulan. Sebab ada khilaf bagi tahu boleh solat jenazah ghaib selagi mana jasadnya belum reput di dalam kubur
7. Kita juga boleh lakukan solat jenazah ghaib ini di tepi kubur orang yang meninggal itu.
Caranya kita berdiri menghala ke kiblat, biar kubur si mati berada di hadapan kita dan terus solat jenazah ghaib.
8. Ada pula orang tanya habis boleh ke kita solat jenazah ghaib kepada orang muslim mangsa pesawat MH 370 yang hilang itu?
Jawapnya tidak boleh dan tidak sah. Sebabnya mayatnya tidak di jumpai lagi dan tidak di kafan pun lagi.
Habis bila boleh solat jenazah ghaib tu?
Jawapnya tidak wajib sampai bila-bila selagi mana jenazahnya tidak di kafankan. Sama juga bagi kes mayat hilang di makan buaya yang tidak di jumpa-jumpa itu.
9. Pahala solat jenazah (hadir) ini sebanyak 1 Kirrat. 1 Kirrat ni sebesar sebuah bukit Uhud.
Jika hantar jenazah ke kubur dapat lagi 1 Kirrat.
Sebab itulah ada sesetengah orang amalkan solat jenazah ghaib ni setiap hari atau seminggu sekali kepada orang Pelestin, Syria, ummat islam yang meninggal setiap hari itu. Termasuklah kepada mangsa kemalangan yang terbunuh, mangsa pembunuhan dan sebagainya.
Wallahuaklam.
loading...
0 Response to "CARA MENGERJAKAN SOLAT JENAZAH GHAIB."
Post a Comment