Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih
kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah
saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.
Cara tidur Rasulullah SAW
Allah SWT hanya akan menerima ibadat yang dilakukan dengan
ikhlas dan tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu
dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah SWT untuk orang yang
mengamalkan Sunnah sangat besar.
Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran
100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk
menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak
Sunnah.
Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi
SAW, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun
mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih
air liur basi.
Berikut antara Sunnah-sunnah Nabi SAW sebelum, ketika dan
selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang
memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt
janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah
kedudukan tidur orang yang telah mati.3. Barangsiapa yang membaca Tasbih
Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa
itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan
untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga,
Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud
adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2
rakaat.
7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan
semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau
mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan
dan tapak tangan di bawah pipi.
Sumber: Mynewshub.cc
loading...
Thanks for sharing useful information
ReplyDeleteonline quran classes in usa