7 Tips Memilih Cincin Perkahwinan






Perkahwinan hanya akan lengkap dengan kehadiran cincin yang tersarung cantik di jari manis sebagai tanda bahawa pemilik cincin itu sudah berpunya.


Bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga, tahniah diucapkan dan selamat melangkah ke satu fasa hidup yang baru bersama pasangan masing-masing.

Antara persiapan yang perlu diberi perhatian bakal raja sehari adalah pemilihan cincin yang sesuai untuk hari penyatuan dua jiwa.

Di bawah kami kongsikan 7 tips dan panduan untuk memilih cincin perkahwinan yang ideal untuk hari bahagia anda.

1. Emas Putih Atau Emas Kuning

Untuk menggelakkan tersalah memilih cincin, antara soalan bermain di minda adalah antara emas putih dan emas kuning.

Rata-rata pengantin kini lebih gemar memilih emas putih berbanding emas kuning dengan alasan untuk tampak lebih bergaya dan elegan.

Kerana pemilihan antara emas putih dan emas kuning ini sendiri memainkan peranan yang harus anda sesuaikan dengan ciri fizikal anda.

Untuk emas putih, ia adalah neutral iaitu membawa makna sesuai dengan semua orang. Sama ada yang berkulit putih atau sebaliknya.

Manakala untuk emas kuning pula, lebih tampak menarik dan cantik disarung pada mereka yang berkulit putih.

Oleh itu bagi memudahkan membuat pilihan, pilih antara satu yang mana yang menjadi pilihan hati untuk anda pakai sepanjang hayat anda? Keselesaan anda untuk menyarungkannya di jari manis anda selamanya.

2. Bersesuaian Dengan Keadaan Fizikal

Kesesuaian cincin tersebut dengan fizikal anda yang perlu dititikberatkan adalah kesesuaian warna kulit, saiz atau bentuk jari sama ada runcing, lebar, besar, kurus dan sebagainya.

Wanita berkulit hitam manis lebih menawan memakai warna emas yang agak pudar (matte) dan koleksi emas berona merah jambu.

Kulit sawo matang pula lebih terserlah dengan emas putih dan emas kemerah-merahan. Yang berkulit gelap lebih anggun dengan barang kemas rona emas kuning.

3. Sesuai Dengan Aktiviti Dan Pekerjaan

Seterusnya adalah sesuaikan cincin dengan aktiviti atau pekerjaan anda. Jangankan terlalu memilih cantiknya cincin, sehinggakan anda lupa akan pekerjaan atau aktiviti anda.

Sebagai contoh, anda berkhidmat sebagai seorang chef, mustahil untuk anda memakai cincin yang bertatah batu berlian yang besar mewah. Jadi buatlah pilihan yang bijak!

4. Budget

Pada awal pemilihan cincin, jangan terus membuat pilihan dengan terus membeli, sebaliknya cubalah bandingkan harga terlebih dahulu.

Dinasihatkan agar anda lakukannya enam bulan awal, supaya anda lebih sedia.

Bincangkan dengan pasangan design mereka gemari dan tuliskan budget yang anda tetapkan untuk membeli cincin.

Jangan pula dengan hanya membeli cincin, anda sampai tidak makan. Jadilah pasangan yang bijak dalam membuat pilhan.

5. Cincin Belah Rotan Atau Cincin Gelung Halus

Cincin belah rotan yang lebar dan bercorak membuatkan jari anda kelihatan lebih pendek. Seeloknya pilih cincin gelung halus kecil agar jari nampak lebih runcing.

Lebih menarik, pakai hanya satu cincin di jari manis pada sebelah tangan pada satu masa. Paling banyak dua cincin pada sebelah tangan sahaja supaya penampilan kelihatan kemas dan anggun.

6. Rekaan Cincin

Pilih reka bentuk cincin yang mudah untuk disuai padan dengan barang kemas yang ada dalam simpanan. Perbezaan antara cincin buatan tangan dengan buatan mesin adalah harganya.

Buatan tangan lebih mahal namun boleh diubah suai tanpa menjejaskan rekaan, manakala sebarang ubahsuai pada cincin buatan mesin boleh dilihat jelas, namun ia lebih berkilat dan kemasannya juga lebih cantik.

7. Batu Permata Atau Berlian

Set barang kemas bertatah batu permata lebih sesuai untuk majlis pertunangan sementara set barang kemas bertatah berlian adalah untuk majlis pernikahan.

Semoga memberi manfaat.








loading...

0 Response to "7 Tips Memilih Cincin Perkahwinan"

Post a Comment