Sifat-sifat Membuat Pahala Tapi Mengumpul Dosa! Jauhkan Diri Dari Terjebak!!






Dalam konteks amalan kita, supik bocor membawa maksud seseorang itu yang membuat amalan kebajikan, sunnah dan sebagainya tetapi pada masa yang sama membuat dosa dan amalan mungkar!


Tidakkah itu dinamakan perbuatan yang sia-sia? Mari kita hayati tazkirah ini. Terima kasih kerana sudi membaca sampai habis.

Hati-hati dengan supik bocor..

1. Kamu ambil wudhuk dengan sempurna tapi membazir air.

2. Kamu solat, sedekah, baca Al-Qur'an, pergi haji dan umrah banyak kali tapi kamu membuat fitnah tentang orang lain.

3. Kamu memberi banyak sedekah kepada orang miskin tapi kamu mempergunakan dan melukai mereka.

4. Kamu bangun tahajud, puasa dan taat kepada Allah tapi kamu putuskan tali silaturrahim dengan keluarga.

5. Kamu puasa dan sabar dengan ujian lapar dan dahaga tetapi kamu bersumpah, mengganggu, mengacau dan tak boleh mengawal marah kamu.

6. Kamu pakai abaya dan tudung tapi minyak wangi kamu bau kuat.

7. Kamu muliakan dan layan dengan baik tetamu kamu tapi bila dia balik, kamu cakap belakang pasal semua kekurangan dia.

8. Kamu berkorban kesenangan kamu demi anak dan suami tapi kamu merungut setiap masa membuatkan mereka rasa bersalah.

9. Kamu doa mohon keampunan, Allah beri kamu sakit, kamu mula merungut buat orang sekeliling kamu tertekan (sedangkan sakit pengampun dosa).

Jangan kamu kumpul semua amalan baik kamu dalam supik bocor. Kamu berusaha mengisinya tapi dengan senang ia tumpah semula ke bawah!


Sumber artikel: Sentiasa panas







loading...

0 Response to "Sifat-sifat Membuat Pahala Tapi Mengumpul Dosa! Jauhkan Diri Dari Terjebak!!"

Post a Comment