20 FOTO Siapa Sebenarnya Sultan Kelantan yang selama ini DIRAHSIAKAN. Mengalir Air Mata Rakyat Tengok YANG DIPERTUAN AGUNG Baru Kita Ini.






Pepatah menyebut 'Raja yg adil/baik raja disayangi rakyat, raja yg zalim lagi keji raja dibenci.' Peribahasa ni aku dah ubah.


Hari ni aku bercerita tentang sultan, sultan yg menjadi kesayangan rakyat....siapa lagi kalau bukan putera Sultan Kelantan yg sudah dinobat menjadi sultan Kelantan tidak lama dulu. Sebelum ni mana pernah aku kisah pun pasal sultan. "Hadoo aku kesahh?" Ahh..ganaznyer ayat aku.(Encemnyerrr masa muda Tuanku Faris ni).
 
Kenapa kelantan ek? Aku kan org pahang. Ceritalah sultan Phg ke, yg Dipertua Neg.Sembilan ke? At least atuk sebelah abah aku asal Negeri Sembilan? Tidak. Tidak. Aku takkan bercerita tentang sultan negeri lain, hatta negeri Pahang yg kecoh dgn kontroversi Lynas yg tidak mendapat pembelaan itu.

Jauh sekali nak cerita pasal sultan negeri Johor, Selangor atau mcm² negeri lain lagi. Hanya Sultan Muhammad v Kelantan yg bertahta dihati....... iaitu Tuanku Muhammad Faris Petra yg ingin aku perkatakan. Kenapa? Sebab dia disayangi dan disukai ramai org bukan hanya dari kelantan malah rakyat dari negeri lain termasuk aku.


...........banyak yg aku baca tentang Tuanku Muhammad Faris Petra ni...selain rajin imamkan solat...baginda jugak rajin melawat rakyat²nya.....sempoi dan penuh sederhana. Tak menyombong diri mahupun berlagak. Wajahnya saja dah terpamer jiwa kerendahan budi, Insyaallah.

Setakat ni kita tak mendengar cerita² negatif tentang baginda, dan sememangnya kita tak mahu mendengarnya. Apa yg boleh aku katakan, alhamdulillah dikurniakan sultan yg begini. Tuanku Muhammad Faris Petra satu dalam seribu sultan.............!


Beruntungnya kelantan memiliki ulama² yg disegani seperti Tuan Guru Nik Aziz dan ramai lagi ulama dan guru² agama, begitu juga Sultan yg baru ini...penuh budi-pekerti merendah diri. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat kasih-sygNya kpd para ulama dan sultan seperti baginda walau dimana jua berada.
Sedikit Info mengenai baginda: Lahir pada 6 October 1969.....wah 6 Oct. sama dgn kakak aku. Hensem plak tu. Mudah membahasakan diri SAYA atau KITA, adalah putera sulung. Pernah mendirikan rumahtangga tetapi jodoh tidak panjang, baginda tidak dikurniakan cahaya mata ketika bersama isteri. Baginda menukarkan laungan "Daulat tuanku" kepada "Allahuakbar" supaya rakyatnya mendapat pahala apabila melaungkan laungan tersebut.

(Gambar ketika muda yg pertama tu) adalah ketika ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985. Baginda menjawat jawatan itu sehingga 13 September 2010 sebelum Dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke- 29. Mulai 13 Disember 2011, baginda telah dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertuan Agong untuk satu penggal (5 Tahun).

Baginda dikenali sebagai seorang Raja Melayu yang warak, mesra rakyat dan mengutamakan Agama Islam dalam setiap hal. - Ayat perenggan ni aku petik dari http://perakan.org.my/v2/?p=2001











Setakat tu dulu info mengenai baginda, kalau ada aku tambah lagi. Bukan dah tak ada tapi penat so, nk berehat seketika bersama kit kat. Oh ya, baginda jugak suka pakai jubah. Yerlah...raja² ,anak raja, dan org² kebanyakkan macam kita mana suka selalu berjubah² ni. Aku tahu pun melalui apa yg ditulis oleh media dan gambar² sebagai bukti.

Thanks to all bloggers, wikipedia, media, yg keluarkan gambar tentang sultan yg aku ambil ni.....ramai, nak tulis pun tak larat (ayat cover - malas). Jangan tiru sifat ini.......
Gambar baru. Sultan Kelantan makan bersama rakyat ketika di masjid
Update: Gambar terbaru baginda Sept 2014 menunaikan umrah. Fb.

Update: Dibawah adalah gambar yg aku baru upload hari ni 27 Dec 2014, sultan Kelantan mencemar duli dengan memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir besar dibumi kelahiran baginda Kelantan. "Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya." Itulah peribahasa yg paling sesuai untuk baginda. Membantu rakyat dalam kesusahan dan tanpa diiringi oleh pengiring2 dan pengawal peribadi sikitpun tidak menjatuhkan martabatnya. Malah dipandang mulia, dihormati, dan dikasihi sekalian rakyat tidak kira dari negeri mana.
 

 



Baginda memandu sendiri kenderaannya dan membantu rakyat Kelantan yg ditimpa musibah banjir




Sumber: Didakwah

anda mungkin meminati







loading...

0 Response to "20 FOTO Siapa Sebenarnya Sultan Kelantan yang selama ini DIRAHSIAKAN. Mengalir Air Mata Rakyat Tengok YANG DIPERTUAN AGUNG Baru Kita Ini."

Post a Comment