Bayi lelaki ditemui di dalam tong sampah





Mei 28, 2017 16:11 MYT


TEMERLOH: Seorang bayi lelaki yang sempurna sifat telah ditemukan dibuang di dalam tong sampah di hadapan sebuah rumah di Taman Temerloh Jaya 9 di Temerloh Pahang pada jam kira-kira 6.20 hari ini.

Lebih menyedihkan, bayi yang masih bertali pusat seberat kira-kira 2.5 kilogram itu diletakkan bersama sisa sampah semalaman di dalam tong sampah yang tertutup itu.

Ketika ditemukan, bayi berkenaan juga didapati mengalami kecederaan di kepala berhampiran telinga kanan dipercayai terkena sisa sampah yang tajam seperti tin susu.

Seorang saksi, Khairudin Yaakob, 56 tahun, berkata, bayi bersama tali pusat dan juga uri itu ditemukan hanya berbalut dengan sekeping kertas surat khabar oleh seorang lelaki yang kebetulan pulang dari sembahyang subuh awal pagi tadi.

Khairudin berkata, pada pukul 11 malam semalam, dia ada membuka tong sampah dan ketika itu bayi berkenaan tidak bersuara menyebabkan saya tidak perasan dan hanya beranggapan hanya sampah yang masih belum dikutip oleh pihak berkaitan.

“Saya buka (periksa) sampah itu sebab saya pelik kenapa ia tidak dikutip. Rupanya ada bayi di dalam,” kata Khairudin.

Menurutnya lagi, dia dan keluarganya ada mendengar suara tangisan berlarutan sepanjang malam sehinggalah ditemukan pada awal pagi tadi.

Dia pada mulanya menyangkakan tangisan itu hanyalah seekor anak kucing sebelum dikejutkan dengan penemuan bayi lelaki berkenaan.

Beliau juga turut  berasa sedih memikirkan bagaimana bayi yang baru lahir ini berada semalaman di dalam tong sampah yang tertutup dan busuk ini dan menganggap hanya kuasa Allah yang menyelamatkan bayi itu kerana tidak ada semut yang menghurunginya.

Saorang lagi saksi, Mohd Salman Hakim Khairuddin berkata, bayi yang lengkap dengan uri itu didapati ada terluka di bahagian telinga kemungkinan terkena tin yang dibuang kedalam tong sampah berkenaan dan diberi minuman akibat kehausan.


Sejurus selepas itu pihak polis bersama jabatan kesihatan telah mengambil bayi berkenaan untuk tindakan susulan.

AWANI







loading...

0 Response to "Bayi lelaki ditemui di dalam tong sampah"

Post a Comment