Inilah Akibatnya!! Jangan Menyerahkan Tanggungjawab mendidik 100% pada Cikgu Jika Enggan Menangis Di Kemudian Hari.






Inilah Akibatnya!! Jangan Menyerahkan Tanggungjawab mendidik 100% pada Cikgu Jika Enggan Menangis Di Kemudian Hari. 

RasululLah saw dan para sahabat amat memberikan penekanan pada aspek tarbiyyah secara 'show how' tidak cukup dengan 'know how'..

Kerana dalam hidup hari ini disebabkan kesibukan yang melampau, maka kita seolah-olah menyerahkan tanggungjawab mendidik tu 100% pada cikgu, dengan sangkaan mereka mampu menunjuk ajar anak-anak kita..

Hakikatnya para guru pun terbeban dengan berbagai tugasan selain dari tugas mengajar..


Akibatnya bila ketandusan tunjuk ajar yang berteraskan adab & akhlak, maka generasi yang dilahirkan kaya dengan sijil dan pencapaian tapi miskin adab & akhlak..

Anak2 belajar berbagai topik di sekolah pagi & sekolah agama.. berat begnya..bagaikan membawa batu , tapi buku2 itu takkan banyak manfaatnya selagi tiada bimbingan atau tarbiyyah berasaskan tunjuk cara yang betul..

Benarlah kata pujangga arab,

bukanlah anak yatim itu mereka yang kehilangan ayah ibu lalu meninggalkannya dalam kehinaan,
tapi anak yatim adalah dia yang punya ibu yang berlepas tangan ataupun bapa yang sentiasa sibuk !
Marilah kita hargai anak2 dengan berada bersama mereka dan membimbing mereka ...







loading...

0 Response to "Inilah Akibatnya!! Jangan Menyerahkan Tanggungjawab mendidik 100% pada Cikgu Jika Enggan Menangis Di Kemudian Hari. "

Post a Comment